News Coverage

Ramunia dapat projek
Berita Harian
20 April 2006

Ramunia Holdings Bhd (Ramunia), syarikat fabrikasi minyak dan gas tempatan, memperoleh kontrak bernilai RM90 juta untuk projek berkaitan minyak dan gas di luar pesisir Mumbai, India.

Kontrak daripada Samsung Heavy Indutries Co Ltd (SHI) itu diperoleh menerusi anak syarikatnya Ramunia Fabricators Sdn Bhd (Ramunia Fabricators).

Ramunia dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, semalam berkata kontrak itu adalah bagi kerja pemerolehan, kejuruteraan fabrikasi dan pemunggahan lapan “legged jacket”, cerucuk dan jambatan bagi projek Pembangunan Vasai Timur.


more info | <<back