![]() |
|||||||||||||
| News Coverage Ramunia bida projek RM3 bilion Ramunia Holdings Bhd, syarikat fabrikasi minyak dan gas tempatan, yang memiliki kontrak dalam tangan bernilai hamper RM500 juta, membida projek dalam dan luar Negara bernilai lebih RM3 bilion. Pengarah Urusannya, Arshad Ahmad, berkata daripada nilai projek yang berpotensi diceburi itu, RM2.4 bilion adalah projek dalam negara, manakala kira-kira RM747 juta projek luar Negara. “Kelulusan projek itu dijangka diketahui antara Mac hingga Oktober tahun ini,” katanya pada taklimat media, di Kota Tinggi, Johor, semalam. Beliau yang tidak menyatakan peluang Ramunia meraih projek berkenaan berikutan persaingan sengit, berkata potensi besar wujud dalam industri sokongan minyak dan gas. Ramunia terbabit dalam kejuruteraan dan penghasilan struktur terutama dalam industri minyak dan gas dengan pangkalan operasi di Teluk Ramunia, di Johor. Syarikat itu juga adalah satu daripada tiga syarikat terkemuka Negara dalam fabrikasi pelantar luar pesisir. Bagi tahun kewangan lalu berakhir 31 Oktober 2005, Ramunia mancatat keuntungan sebelum cukai RM16.51 juta bersandarkan perolehan RM183.17 juta. Arshad berkata, limbungan di Teluk Ramunia dekat Kota Tinggi, Johor akan mengukuhkan kedudukannya sebagai pengendali limbungan terbesar di Negara ini. Limbungan dengan keluasan 68 hektar dan membabitkan pelaburan RM200 juta, akan siap sepenuhnya pada akhir 2008. Ia dijangka meningkatkan kapasiti pengendalian syarikat kepada 60,000 tan, berbanding 33,000 tan ketika ini. Arshad berkata, pembiayaan untuk meningkatkan keupayaan di limbungan itu akan dijana sama ada menerusi pinjaman bank atau menerusi pasaran modal dana Islam. “Dana mungkin dijana menerusi pinjaman daripada institusi kewangan atau pasaran modal dengan pembiayaan untuk tujuh tahun bagi jumlah sebanyak RM200 juta,” katanya sambil menegaskan rundingan mengenainya sedang berjalan tanpa menamakan bank terbabit. Arshad berkata, Ramunia juga sedang mencari rakan kongsi, khususnya dalam
bidang teknologi, yang penting bagi mengekalkan daya saing syarikat.
|