News Coverage

Terima surat anugerah
Berita Harian (Ekonomi)
3 August 2006

Ramunia Holdings Bhd menerusi anak syarikatnya, Ramunia Fabricators Sdn Bhd (RFSB) memperoleh Surat Penganugerahaan daripada Petronas Carigali Sdn Bhd bagi kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) projek pembangunan Sumandak Selatan dan Sumandak Tepi (Fasa 2) bagi Pakej tiga dan empat dari Petronas Carigali Sdn Bhd.

Menurut kenyataan Ramunia kepada Bursa Malaysia semalam, kontrak itu bernilai RM120 juta untuk tempoh 14 bulan daripada tarikh penganugerahan. “Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan,” katanya.

more info | <<back