![]() |
|||||||||||||
| News Coverage
Usaha sama berkenaan menyaksikan kumpulan fabrikasi berat serta kejuruteraan minyak dan gas itu berkongsi dengan dua lagi syarikat lain, satu tempatan dan satu lagi Eropah, katanya pada sidang media selepas penyenaraian syarikat di Papan Kedua Bursa Malaysia di sini hari ini. Arshad berkata Ramunia kini di peringkat akhir rundingan bagi membentuk syarikat usaha sama itu dan akan menguasai 51 peratus ekuiti dalamnya. "Kami telah memasuki fasa terakhir perundingan dan kami akan melawat kilang mereka dalam masa beberapa minggu lagi. Secara dasarnya, perjanjian usaha sama berkenaan telah dipersetujui dan ia hanya bagi membentuk syarikat," kata beliau. Beliau berkata pelaburan langsung sebanyak RM3 juta akan dibuat bagi peralatan dan kilang. Ini tidak termasu kos tanah, katanya. Bagi sasaran pasaran usaha sama berkenaan, Arshad berkata syarikat menyasarkan pasaran tempatan, serantau serta Asia Barat dan yakin dengan pasaran Indonesia. Beliau berkata, syarikat juga meninjau untuk memperluaskan kemudahan sokongan marinnya dengan mendapatkan beberapa kapal marin. Mengenai saham yang mula disenaraikan hari ini, Arshad menyifatkannya sebagai "amat baik". Bernama.
|