![]() |
|||||||||||||
| News Coverage
Syarikat JV yang 51 peratus kepentingan akan dipegang oleh Ramunia, akan membabitkan syarikat tempatan dan satu firma dari Eropah. Pengarah Urusan Ramunia, Arshad Ahmad, berkata syarikat JV itu kelak dijangka menyumbang RM10 juta kepada perolehan Ramunia pada tahun pertama operasi. "Kami telah memasuki fasa terakhir perundingan dan kami akan melawat kilang mereka dalam masa beberapa minggu lagi. Secara dasarnya, perjanjian usaha sama berkenaan telah dipersetujui dan ia hanya bagi membentuk syarikat," katanya pada sidang media selepas penyenaraian syarikat di Papan Kedua Bursa Malaysia semalam. Ramunia, syarikat berpangkalan di Teluk Ramunia, Johor mengambil alih status penyenaraian Saship Holdings Bhd selepas penyusunan semula Saship. Sebelum ini dalam pertemuan dengan Berita Harian, Arshad berkata kilang pengeluaran peralatan berat itu akan didirikan di kawasan seluas 1.2 hektar di Teluk Ramunia dan dijangka beroperasi pada suku ketiga tahun ini. Arshad yang berpengalaman 24 tahun dalam sektor fabrikasi untuk sektor minyak dan gas berkata Ramunia akan membuat pelaburan langsung sebanyak RM3 juta bagi peralatan dan kemudahan kilang. "Ini tidak termasuk kos tanah," katanya. Beliau menjelaskan produk yang dihasilkan syarikat usaha sama Ramunia itu akan menumpukan kepada pasaran tempatan, serantau serta Asia Barat terutama di Indonesia. Bagi memastikan Ramunia menjadi antara pesaing utama fabrikasi sektor itu, katanya syarikat juga meninjau utnuk memperluaskan kemudahan sokongan marinnya menerusi mendapatkan beberapa kapal marin.
|