![]() |
|||||||||||||
| News Coverage
"Perbincangan mengenai usahasama ini sudah di peringkat akhir dan kami andaikan kilang tersebut akan beroperasi menjelang pertengahan tahun ini" kata Pengarah Urusannya, Arshad Ahmad kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Arshad berkata, Ramunia akan melabur RM4 juta dalam kilang itu manakala bakinya yang tidak dapat dinyatakan, disediakan oleh rakan usahasama. Ramunia adalah syarikat kejuruteraan fabrikasi industri minyak dan gas dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera yang diambilalih daripada Pengurusan Danaharta Nasional Berhad pada tahun 2001. Syarikat itu yang beroperasi di Teluk Ramunia, Johor kini merupakan antara syarikat fabrikasi ketiga terbesar negara. Arshad berkata, kilang tersebut akan dibina di kawasan seluas 1.2 hektar di Teluk Ramunia. Beliau berkata buat permulaan, kilang berkenaan akan mengeluarkan beberapa produk untuk dipasarkan dan kegunaan Ramunia sendiri. Dalam pada itu, katanya, Ramunia kini sedang membida projek fabrikasi di Indonesia yang keputusannya bakal diumumkan pada suku kedua tahun ini. Ia adalah projek pertama Ramunia di luar negara. Arshad berkata, projek berkenaan termasuk pembidaan beberapa projek lain di dalam dan luar negara yang bernilai RM1 billion. Beliau yakin dengan pengalaman dan keupayaan Ramunia mengendalikan pelbagai projek termasuk kerja-kerja pecah tanah bagi telaga gas Kinarut milik Petronas Carigali Sdn Bhd, Ramunia mempunyai kelebihan dalam membida projek berkenaan. "Ramunia mempunyai dua kapal yang besar dengan berkapasiti 30,000 tan metrik selain mempertaruhkan guna tenaga yang mempunyai kemahiran tinggi," ujarnya. Ramunia yang bakal disenaraikan di Papan Kedua Bursa Malaysia esok mengunjurkan perolehan sebanyak RM190 juta pada tahun kewangan berakhir pada 31 Oktober 2004.
|