Kami Berarak Dengan Penuh Semangat


Kontinjen Perarakan Merdeka Ramunia 2007

Sekali lagi Kontinjen Perarakan Merdeka Ramunia telah menunjukkan semangat kerjasama yang jitu ketika berarak dengan penuh semangat dan memenangi kedua-dua hadiah utama pertandingan perarakan – Kontinjen Terbaik dan Pakaian Kontinjen Terbaik di Sambutan Perayaan Hari Kemerdekaan ke – 50 bagi Daerah Kecil Pengerang pada 8 September 2007 yang bertempat di Stadium Bandar Penawar.

Kontinjen kita telah berarak bersama-sama 58 kontinjen yang terdiri daripada sekolah, Persatuan, Syarikat Swasta dan Badan Bukan Kerajaan.

Sesungguhnya kerja keras yang ditunjukkan oleh setiap ahli kontinjen telah membuahkan kejayaan dan ternyata kita boleh berdiri dengan megah setelah memenangi Tempat Ketiga bagi peringkat Negeri Johor dan Tempat Pertama bagi peringkat Daerah Kecil Pengerang.

Kontinjen kita telah berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai objektif mereka iaitu bukan sekadar menyertai dan memenangi Kontinjen Terbaik dan Pakaian Kontinjen Terbaik, malah lebih daripada itu, mereka telah berjaya memartabatkan nama Ramunia Holdings Berhad di setiap daerah di negeri Johor.

Sekalung tahniah kepada Ketua Kontinjen En. Shafie Kadir, Komanden Kontinjen En. Sharifuddin Abdul Rahman dan Koordinator Kontinjen En. Zakaria Jamari dan En. Rasdan Bakhtiar Ramly di atas kegigihan mereka memimpin kontinjen kita ke arah kejayaan yang gemilang.

TAHNIAH DARI KAMI SEMUA!!!

    more info | <<back