Ucapan oleh YBhg. Dato' Syed Hussain Syed Husman

Pengarah Kumpulan Sumber Manusia, Komunikasi &
Teknologi Maklumat
Ramunia Holdings Berhad
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman


Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Lee Lam Thye
Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health, Malaysia (NIOSH)

Yang dihormati Lembaga Pengarah NIOSH

Yang berusaha Ir. Amir Yahaya, Pengarah Eksekutif NIOSH

Puan Hajjah Maimunah, Pengurus Besar Operasi NIOSH

Yang Berbahagia Dato’ Azizul Rahman Abdul Samad Pengerusi Ramunia Holdings Berhad

Pengurusan dan kakitangan NIOSH dan Ramunia Holdings Berhad

Pihak urusetia …Rakan-rakan media

Dato’ Dato’, Datin Datin

Tuan tuan dan puan puan yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu ingin saya panjatkan setinggi tinggi rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana di atas limpah perkenan dan izinnya, kita dapat berkumpul di sini bagi menyempurnakan Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman yang dianjurkan oleh National Institute of Occupational Safety and Health Malaysia. Bagi pihak Ramunia Holdings Berhad, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Lee Lam Thye kerana memilih syarikat kami sebagai penyumbang kepada program Anugerah OSH Sekolah Sekolah Peringkat Kebangsaan.

Para hadirin,

Usaha usaha yang dijalankan oleh NIOSH dalam pembangunan OSH ini telah sedikit sebanyak menimbulkan kesedaran di kalangan syarikat syarikat korporat akan kepentingan perlaksaannya dalam menjalankan tugas-tugas seharian sama ada di tempat kerja mahupun di rumah.

Sebagai sebuah syarikat korporat, kami di Ramunia Holdings Berhad amat mementingkan perlaksaan OSH di tempat kerja. Kami percaya kawasan kerja yang selamat dan bebas dari sebarang kemalangan akan melahirkan pekerja pekerja yang lebih berinovatif, produktif dan efektif. Keselamatan kakitangan adalah menjadi keutamaan kami. Employees safety is our priority. And as such, we emphasise to our employees that “safety is everybody’s business”

Para hadirin,

Ramunia Holdings Berhad hari ini dengan kerjasama NIOSH bergabung tenaga untuk memastikan pembangunan OSH dititik beratkan dari peringkat akar umbi melalui program-program yang disusun atur dan akan dijalankan oleh NIOSH di peringkat sekolah sekolah di Malaysia. Besides safety, “Education is also everybody’s business”. Parents, teachers, government bodies, corporate companies, NGO’s and the public should work hand in hand to ensure our children get the best education and exposure on OSH. Our children deserve to be educated with the right norms and values from time to time including the knowledge of what OSH is all about and how it can facilitate them in their future.

Ramunia is committed to bring such values to our young generations and we truly believe in early education because the future of our country is in our children’s hand. The good values that they gain from us will remain in their system and hopefully they will share these values from one generation to another.

Para hadirin,

Sumbangan Ramunia Holdings Berhad pada hari ini untuk perlaksaan “Anugerah OSH Sekolah Sekolah Peringkat Kebangsaan” adalah merupakan salah satu daripada sumbangan kami kepada masyarakat melalui program program “Tanggungjawab Sosial Korporat” kami. Adalah menjadi harapan kami agar sumbangan ini bakal menggalakkan pelajar pelajar sekolah untuk terus memastikan keberkesanan OSH di peringkat sekolah berjalan dengan lancar.

Akhir kata, saya yakin dan saya percaya usaha-usaha NIOSH tidak akan disia-siakan oleh semua pihak yang hadir pada hari ini. Semoga kita semua, terutamanya para pelajar dan kakitangan sekolah, akan mendapat manfaat yang besar dari sumbangan ini.

Terima Kasih.

more info | <<back