Sumbangan Zakat


Majlis Agama Islam Negeri Johor telah mengadakan Majlis Penyerahan Bungkusan dan Sumbangan Hari Raya yang juga merangkumi Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bagi Tahun 2006 pada 2 Oktober 2007, bertempat di Kediaman Rasmi Y.A.B. Menteri Besar Johor, Johor Darul Takzim.

Pada majlis tersebut, Pengerusi Ramunia Holdings Berhad, YBhg. Dato’ Azizul Rahman Abdul Samad telah melafazkan akad penyerahan zakat perniagaan yang berjumlah RM 500 000 kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor. Ramunia Holdings Berhad adalah merupakan di antara 11 syarikat syarikat di Johor yang telah dijemput bagi tujuan tersebut.

Majlis pada petang itu juga merupakan majlis berbuka puasa, pembahagian bungkusan dan sumbangan hari raya kepada anggota keselamatan, orang orang kurang upaya, ibu tunggal miskin serta pengagihan dividen hari raya Felcra Berhad Wilayah Johor Bahru.

more info | <<back